Monday, December 20, 2010

Masalah-masalah


Masalah-masalah yang dihadapi dengan kad kredit biasa

Ketahuilah oleh kita, bahawa statistiks di Malaysia sahaja  terdapat 3.7 juta rakyat yang menggunakan kad kredit. Namun, ramai yang mempunyai masalah untuk membayar penuh kad kredit mereka dan seterusnya menyebabkan mereka diisytiharkan muflis.

hutang-along-kredit-kad-masalah-kewangan


Bank Negara perketat pemohonan kad kredit bagi pendapatan RM1,500-RM3,000

hutang, kredit, card credit, bank, loan, loanshark,along

KUALA LUMPUR: Bank Negara bercadang mengetatkan jumlah had kredit ba­­­gi pemohon kad kredit berpendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan kepada sekali ganda gaji dan daripada dua bank saja. Ini bagi memastikan penggunaannya dibuat secara lebih berhemah khu­­susnya di kalangan golongan mu­­da yang baru bekerja.Ketika ini, mereka boleh men­­dapatkan kad kredit daripada mana-mana bank tanpa had, bergantung kepada kelulusan bank.

Sumber industri berkata, bank pusat itu sedang berbincang dengan institusi perbankan me­­­­ngenai keperluan melaksanakan langkah berkenaan bagi memastikan tahap hutang golongan itu setara dengan kemampuan mereka.

“Bank Negara kini sedang mengkaji semula Garis Panduan Kad Kredit sedia ada dan diharap langkah itu dapat menggalakkan pengguna khususnya golongan muda dan baru bekerja berbelanja secara berhemah, mengikut kemampuan dan tidak terjerumus dengan hutang,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Berita Harian pada 24 Julai lalu melaporkan 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 65 bulan hingga Mei lalu.
Daripada jumlah itu didapati purata 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya ketika dihubungi semalam, berkata Bank Negara sedang mengkaji Garis Panduan Kad Kredit sedia ada dan sudah mengeluarkan satu kertas konsep kepada industri, Ogos lalu.

“Kertas konsep itu antara lain menyentuh keperluan pinjaman berhemat, turut dikaji adalah kriteria kelayakan mendapatkan kad kredit. Selepas garis panduan itu dimuktamadkan, ia akan dimasukkan ke dalam laman web rasmi Bank Negara,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan butir terperinci mengenai cadangan itu.

Katanya, perbelanjaan melalui kad kredit dan tahap hutang pengguna di negara ini masih terkawal, namun kajian berkenaan dilaksanakan antara langkah berterusan memastikan penggunaan secara lebih berhemah.

Penganalisis pula berkata, walaupun kebanyakan transaksi kad kredit adalah bagi pembelian, namun agak membimbangkan apabila ada individu mengambil pendahuluan tunai untuk berbelanja dan menggunakannya sebagai modal perniagaan.

muflis-internet-bankrap-perniagaan-gulung-tikar

“Konsep kad kredit adalah pengguna seboleh-bolehnya melunaskan semua hutang digunakannya dalam bulan berkenaan. Jika dibawa ke bulan seterusnya, mereka dikenakan kadar faedah.

“Pendahuluan tunai daripada kad kredit pula sepatutnya digunakan hanya di waktu kecemasan bukannya untuk membeli barang atau digunakan sebagai modal perniagaan kerana caj dan kadar faedah yang tinggi.

“Golongan muda di negara ini perlu dididik untuk menabung jika berkeinginan memiliki barangan atau perkhidmatan,” katanya.

Katanya, caj pengeluaran pendahuluan tunai biasanya adalah lima peratus atau minimum RM50, yang mana lebih tinggi bagi setiap kali pengeluaran dibuat, tidak termasuk caj faedah bulanan.

Katanya, ada pengeluar kad kredit yang mengenakan kadar faedah 2.5 peratus dari jumlah keseluruhan tunai pendahuluan dan caj minimum sebanyak RM10.

Sementara itu, bagi pembayaran lewat, caj satu peratus daripada jumlah tertunggak atau RM10, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan.

Industri keseluruhan biasanya mengenakan caj minimum RM5 dan maksimum RM50, katanya.


perniagaan,online,internet,business, hutang,along

Bagaimana pula jika mereka tidak menggunakan kredit kad? Bayangkanlah jika mereka berada di dalam kesulitan kewangan, adakah along menjadi alternatif? Nampaknya begitulah setelah kita banyak membaca berita - berita jenayah yang melibatkan kes- kes yang bersangkutan dengan berhutang dengan along. Dengan Blackcard Mastercard daripada Neumax International, masalah- masalah ini dapat diselesaikan.

No comments:

Post a Comment